Sunday, May 13, 2007

ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 18

Sekadar untuk mengabadikan kenangan pada hari ulangtahun perkahwinan kami selama 18 tahun...


KERANA KAU DAN AKU

Kerana kau telah kupanggil isteri
Masa lalu tenggelam bersama bulan bersama matahari
Masa depan terhidang kasih nan luas tak terperi
Entah hiba, entah ceria, entah tak ada, ianya amat misteri

Kerana aku telah dipanggil suami
Nescaya kusongsong hari dengan erti
Kentalnya semangat, mimpi bukan ilusi
Mercu cinta ini tidak lunyai menemani hari

Perkahwinan adalah kota maaf bergerbang setia
Simpanlah aib kerana ia rahsia
Sanggulkan wangi jujur pada hati
Kutiplah bunga damai di sisi hari

Dalam belantara cinta yang menyala
Perkahwinan anugerah dari tepukan bahagia
Kita terus melangkah tanpa curiga malah siaga
Menyandang restuMu Illahi, Rabbul Izzati

Kerana kau...
Isteri adalah nadi jiwa
Kerana aku...
Suami adalah kemudi bahtera

3 comments:

Anonymous said...

Art,
Semoga Allah memberikan perasaan cinta-mencintai yang berkekalan di antara suami-isteri.

Janganlah berlaku curang pada isterimu wahai kawanku....

Main golf tak apa!

Anonymous said...

Mil...

Isteriku memang rela dia dimadukan tapi hanya berbinikan golf saja..lain kalu, perang dunia ketiga la jawabnya.

Thank you for ur doa.

Anonymous said...

Art, kalu tak ada yang curang, macam mana manusia nak tahu makna kesetiaan dan kebijaksanaan seseorang isteri atau suami? Kalu tak ada yang curang, macam mana nak tahu kebesaran dan kebaikan Allah menerima taubat suami atau isteri selama dia tidak menyekutukan Allah? Dan kalu tak ada yang curang, macam mana nak tahu besarnya makna kesabaran dan keredhaan suami atau isteri supaya manusia lain dapat pedoman? Golf cuma syok sendiri-sendiri...hehe! Bola tu tak sedar pun dia dah masuk hole in one - macam Fuad dapat kat Gurun hari tu!