Saturday, April 28, 2007

BUAYA 17

Pagi semalam saya dan Chapchai Neerat@Fuad berkesempatan meraikan Fisol dan Razif (UIA) bermain golf di Harvard. Format permainan-strokeplay partnership-scratch. Saya (h/cap 20) dan Fuad (h/cap 16) bersetuju walaupun tidak diberi stroke oleh Fisol (h/cap 17) kerana beranggapan saya pernah menyaingi permainannya satu ketika dahulu di lapangan yang sama.

9 lubang yang pertama dan kedua kami tewas masing-masing 4 bola. Saya bermain 5 atas par dan Fuad 7 atas par. Tapi paling menakjubkan Fisol bermain gross 39-37 atau 13 bawah par. Kami hanya sekadar terpegun melihat permainannya yang mendahului kami seawal lubang pertama. Dengan keputusan itu maka dengan semangat kesukanan yang tinggi kami mengucapkan tahniah kepada Fisol dan pasangannya. Dan kami juga mengishtiharkan Fisol sebagai Buaya 17 dan hadiahnya ialah menu istemewa di Bedong, 2 pinggan mee rebus Abu.

2 comments:

Anonymous said...

Hai. Takkan mi abu saja kot? Kurang-kurang cendoi pulut ka, ayaq nira ka apa ka! Memang boya la tu, main kat gurun buleh 37-39!

Anonymous said...

Cendoi dan nira tak dak sebab towkay dia pi merayu undi di Ijok. Abu buka la kedai dia sebab Cikgu Parthiban tak bagi dia buang duit pi berkempen di Ijok.

Hang kena jaga2 dgn boya tu, kalu boleh sembunyikan secret weapon dia, wood 2.