Monday, April 16, 2007

FIREFLY

Sekiranya anda memilih penerbangan tambang murah Firefly, sila pastikan anda tidak membuat pertukaran penerbangan yang telah mendapat status confirmed. Sebarang pertukaran penerbangan akan menyebabkan anda kerugian dengan pertambahan kos lain. Bagaimana?

Contoh: Penang <==> KB
Kos penerbangan asal/status confirmed RM120

Perubahan penerbangan:
Dipulangkan kepada anda (drp kos asal) RM90
tambahan Admin Fees RM65
Net refund
yang anda dapat RM25

Kos penerbangan yang baru (RM120-RM25) RM95

Kos sebenar yang anda tanggung disebabkan pertukaran penerbangan (120+95) RM215.

Sekiranya anda tidak pasti dengan tarikh penerbangan anda dan tidak bersedia untuk menanggung tambahan kos, saya ingin cadangkan agar anda memilih penerbangan MAS sahaja kerana kosnya pun lebih kurang RM200 juga. Boleh ubah bila-bila dan berapa kali ubah pun tak apa. Kalau nak batalkan flight pun anda tidak rugi apa-apa kerana tiket boleh diubah ke status OPEN selama 18 bulan (tempoh maksimum).

Itulah dia strategi perniagaann (Firefly) alaf baru dalam pasaran kompetitif atau mungkin juga secara tersirat pelanunan bentuk baru terhadap pengguna yang kepentingan dan haknya kian dinafikan.

Iklan Firefly dalam akhbar UM semalam terang-terang menyatakan pertukaran penerbangan dibenarkan walhal dalam Syarat Amnya (Clause 5.3 Flight Change: Flight Changes are not allowed once the booking is confirmed). Ini yang saya katakan strategi syarikat untuk mengabui mata pengguna melalui iklan dalam akhbar.

Harap anda berwaspada dengan Firefly.

2 comments:

Nasrudin Mohammed said...

Tu la pasal nama dia <'firefly'>; orang Melayu panggil kelip-kelip. Mengasyikkan setiap mata yang memandang, macam yang ada di Kuala Selangor tu. Kejap menyala, kejap dim, kejap menyala, kejap dim. Sudahnya satu kerja pun tak habis!

Nickname: Art' said...

Kat Jeti Semeling pun banyak tapi depa panggil kunang-kunang. Tidak pernah menipu orang yang asyik melihat dengan kerlipan cahayanya. Ajaibnya makhluk Tuhan.

Tapi Firefly Airlines ni mengasyikkan orang untuk kepentingan sendiri.