Tuesday, April 10, 2007

ISU RASUAH LAGI!!!!

Mendengar berita tv pada malam ini saja telah membuat saya terkedu dengan perasaan yang bercampur baur....marah, kecewa, hina, sedih dan malu. Anak bongsu yang berusia 10 tahun pula amat teruja apabila mendengar berita yang berkaitan dengan kampong Tok Wannya di Kuala Kedah. Apakah berita itu?

Sistem pemberian tender bagi projek pembinaan kompleks LKIM Kuala Kedah telah dipersoalkan ketelusannya dan telah diadukan kepada BPR. Dilaporkan juga bahawa nelayan kecewa dengan lokasi kompleks yang jauh dan tidak sesuai untuk bot mendarat dan memunggah hasil tangkapan kerana airnya cetek dan infrastruktur lain yang tidak sempurna. Akibatnya kompleks yang nampaknya telah siap tapi tidak dapat digunakan lagi. Nelayan terkilan kemudahan bertukar menjadi beban akhirnya,.... hanya kerana RASUAH.

Lagi laporan rasuah di TV malam ini, projek LADA di Langkawi (yang belum diluluskan peruntukan oleh kementerian kewangan) telah pun dilaksanakan. Kos projek dan kontraktor yang buat kerja tersebut telah dipersoalkan kewajaran dan ketelusannya.

Jika benar berlaku seperti apa yang dilaporkan, kes rasuah memang makin menjadi-jadi dalam masyarakat kita dan seakan telah menjadi satu budaya dalam kehidupan. Apa telah hilangkah hak harga diri? Siapa lagi yang ada, yang boleh dipercayai? Mengapa sanggup biarkan lidah menutur kata tapi hati lain bicara? Mengapa dengan amanah dan sedikit kuasa yang diberi sanggup dikhianati? Mengapa tidak kita bersyukur dengan nikmatNya dan tak perlulah tamak sampai gila harta. Mungkin ini yang dikatakan oleh Nash, pelanunan dalam bentuk baru.

Sebagai anak nelayan yang membesar dengan penuh cabaran dan dugaan hidup sudah pasti tidak ingin melihat isu rasuah ini dapat meragut maruah bangsa dan membantut pembangunan negara. Semoga kita tabah dan teguh mendidik diri dengan nilai murni dan taat dengan ajaran Islam yang suci.

4 comments:

Anonymous said...

Art,

Berhati-hati dengan rasuah. Rasuah memang ada dalam kegiatan seharian kita. Sebagai pensyarah, rasuah masa kena jaga.

Rasuah juga digunakan untuk membuat fitnah.

Rasuah pujian pun kita dah sukar nak tolak apa tak lagi rasuah RM$.

Nickname: Art' said...

Mil,

Setakat ni rasuah RM dah pernah tolak masa di Sabah lagi. Rasuah pujian masa main golf pun dah senang tolak kerana dah tahu 'mulut manis, tuttt masam'

Nasrudin Mohammed said...

Salam, Art (& Tuan Hj Kamil),

Bukan apa. Dulu - sewaktu era sistem politi tradisional Melayu - kerjaya lanun dilihat sebagai kerjaya mulia dan disegani ramai. Puncanya cuma satu: kerana pelanunan melibatkan orang-orang mulia di belakang tabir. Cuma sekarang, orang-orang mulia pun tidak lagi terasa perlu untuk berselindung...tidak ada tabir-tabir lagi.

Nickname: Art' said...

Nash,

Siapa 'orang-orang mulia' ni? Mungkin mereka yang ada pengaruh dan kuasa, dan sebab itu mereka tidak perlu tabir untuk berselindung. Gelaran dan pangkat yang mereka sandang dengan sendirinya menjadi pelindung mereka. Mereka juga percaya orang ramai pasti menganggap mereka adalah orang mulia dan perlu dihormati. Dengan itu mudahlah untuk mereka melakukan apa saja walaupun di luar batas hukum. Setelah itu, apakah layak lagi mereka dipanggil orang mulia???

Entahlah...hanya Allah Maha Mengetahui.