Wednesday, April 4, 2007

TAKZIAH

RTM Kedah dan pendengar radionya telah kehilangan mutiara bernilai yang menjadi kesayangan ramai, Azharuddin Othman telah dijemput kembali oleh Allah s.w.t malam tadi. Allahyarham dikenali sebagai Pak Din DJ merupakan antara perintis deejay radio semenjak RTM Kedah mula beroperasi. Pendengar pasti merindui celotehnya yang bersahaja..apa saja program, isu atau topik yang dikendalikan bisa membuat pendengar sukar untuk mengubah ke saluran yang lain.

Semenjak tahun lepas lagi penyakitnya agak serius dan beberapa bulan pendengar merindui suaranya yang tidak ke udara kerana cuti sakit. Awal tahun ini, pendengar kembali gembira kerana suaranya ke udara lagi dengan anggapan kesihatannya kembali pulih. Rupa-rupanya tidak..., demi pendengar setia, digagahi juga melaksanakan tugasnya walaupun diri sendiri derita menangung kesakitan. Itulah dia Pak Din kesayangan ramai.

Allahyarham semasa hayatnya adalah seorang yang tidak sombong, peramah dan sentiasa menghormati orang. Secara kebetulan saya sendiri berkesempatan minum semeja dengannya di Restoran Nasmir dengan seorang lagi teman saya yang dikenalinya. Kami berborak panjang... selepas bersurai dari situ baru saya tahu bahawa dia adalah seorang DJ, patutlah kami cepat mesra macam telah lama kenal. Selepas itu saya hanya sempat jumpa dengannya dua tiga kali sahaja. Sehinggalah malam tadi saya terkejut dan sedih mendapat berita kematiannya.

Allahyarham akan dikebumikan petang ini di kampung halamannya di Rengit, Johor. Marilah sama-sama kita doakan agar rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

3 comments:

Syahril Rizal said...

Al-Fatihah. DJ yang sentiasa menceriakan hari-hari ku masa zaman sekolah dulu..

Unknown said...

Sempat rakam suara 2005 2 jam juga.. masih simpan sehingga kini

Syahril Rizal said...

ada simpan tak rakam sora pak din DJ dulu.. buleh share nak dengaq sama